Lebuh raya PLUS laksana sistem ETC 100 peratus pada penghujung 2017

timthumb

SEBERANG JAYA, 30 Safar 1438H, Rabu – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyasarkan untuk melaksanakan 100 peratus sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) di semua plaza tolnya menjelang akhir 2017.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, sehingga kini, dianggarkan kira-kira 90 peratus kenderaan menggunakan sistem ETC di lebuh raya PLUS di seluruh negara.

“Kami berharap untuk menukar kesemua plaza tol kami kepada sistem ETC menjelang akhir 2017 untuk mengurangkan masa transaksi dan juga mengurangkan kesesakan,” katanya kepada pemberita selepas melawat sistem ETC yang baharu diperkenalkan di plaza tol Sungai Dua di sini hari ini.

Beliau berkata, PLUS menguruskan 94 plaza tol di seluruh negara dan kini sebanyak 24 plaza tol sudah ditukar kepada sistem ETC.

“Langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan pengguna lebuh raya membayar tol melalui sistem kutipan tol elektronik yang lebih mudah dan cepat,” katanya.

Beliau berkata, membayar tol secara elektronik adalah lebih pantas dan lancar berbanding menggunakan wang tunai kerana lorong SmartTAG dan Touch ‘n Go boleh menampung sehingga 1,000 transaksi sejam berbanding 180 transaksi menggunakan lorong tunai.

Noorizah berkata, sembilan plaza tol di kawasan utara iaitu Hutan Kampung, Alor Setar Utara, Alor Setar Selatan, Pendang, Gurun, Sungai Petani Utara, Sungai Petani Selatan, Bertam dan Sungai Dua kini sudah beralih kepada sistem ETC.

Beliau berkata, semua transaksi di sembilan tol berkenaan akan dilakukan secara elektronik sama ada menggunakan kad Touch ‘n Go, kad PLUSMiles atau SmartTAG dari 12 tengah hari bermula hari ini.

“Antara inisiatif untuk menggalakkan lebih ramai pengguna menggunakan sembilan plaza tol itu untuk membayar tol secara elektronik adalah penjualan kad PLUSMiles sebanyak RM5 dengan tawaran nilai prabayar RM5 sehingga 31 Dis ini,” katanya.

Beliau menambah pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol secara elektronik di sembilan plaza tol berkenaan juga layak mendapat rebat 10 peratus antara 30 Nov hingga 31 Jan tahun depan. – Bernama

The post Lebuh raya PLUS laksana sistem ETC 100 peratus pada penghujung 2017 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?