Penang Institute enggan ulas tuduhan terima wang Soros

penangisntitut

GEORGETOWN, 4 Safar 1438H, Jumaat – Badan pemikir dasar awam kerajaan Pulau Pinang, Penang Institute, enggan mengulas dakwaan laman DC Leaks yang mendakwa ia menerima dana daripada penyangak mata wang, George Soros.

Pengarah Eksekutifnya, Zairil Khir Johari berkata, beliau tidak menyedari mengenai dakwaan itu dan enggan mengulas tanpa mempunyai maklumat mengenai perkara tersebut.

“Oleh kerana ini kali pertama ia berlaku, saya tidak menyedarinya dan lebih baik saya tidak mengulas tanpa mempunyai maklumat mengenainya,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, semalam.

Bagaimanapun, Zairil, yang juga Anggota Parlimen DAP, berkata jika perlu institut itu akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perkara tersebut dan mengeluarkan kenyataan rasmi.

Baru-baru ini, DC Leak mendakwa Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki Soros menyalurkan dana kepada pertubuhan awam tempatan termasuk Bersih, C4 Malaysia, Pusat Kesedaran Komuniti (Empower), Penang Institute, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Jawatankuasa Pilihan Raya Bebas (Comfrel). –

Ia mendakwa OSF turut berusaha mempengaruhi pilihan raya negara ini menerusi program pergerakan pengundi mobiliti.

The post Penang Institute enggan ulas tuduhan terima wang Soros appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian