Struktur bangunan runtuh, seorang maut, lima cedera

photo_2016-11-30_17-57-33
KUALA LUMPUR, 30 Safar 1438H, Rabu – Seorang pekerja warga asing maut manakala sekurang-kurangnya lima lagi cedera apabila struktur sebuah bangunan dalam pembinaan berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar runtuh, petang ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.33 petang dan segera mengerahkan seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Hang Tuah dan Seputeh ke lokasi kejadian.

“Konkrit berkenaan runtuh daripada tingkat dua sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan, setakat ini terdapat dua lagi mangsa yang tersepit dan sedang dikeluarkan daripada runtuhan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. – Bernama

photo_2016-11-30_17-57-11

photo_2016-11-30_17-57-28

The post Struktur bangunan runtuh, seorang maut, lima cedera appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?