34 pelajar terima sumbangan peralatan sekolah


Oleh: Muhammad Rusydi Muhammad Razif

JOHOR BAHRU, 31 Disember – Seramai 34 orang pelajar di Kampung Pasir Gudang Baru telah menerima sumbangan bantuan persekolahan berupa beg sekolah, stokin, peralatan menulis, pensil warna dan Al-Quran terjemahan dalam program Back to School, di sini semalam.

Menurut Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Johor Bahru, Pn Azizah Che Awang, pelajar-pelajar yang menerima sumbangan itu merupakan mereka yang terdiri dalam kalangan keluarga miskin.

“Kesusahan mereka telah mendapat simpati insan-insan yang lain. Alatan-alatan persekolahan ini kebanyakannya ditaja oleh orang ramai.

“Kita turut membekalkan setiap seorang daripada mereka dengan wang saku Rm50. Sumbangan yang diberi ini tidaklah seberapa,tetapi kita mengharapkan ia dapat menjadi pembakar semangat kepada anak-anak tersebut untuk menjadi insan yang tabah dalam menuntut ilmu.

Program penutup tahun 2016 anjuran Wanita Isma Johor Bahru dan Yayasan Ikhlas itu telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Isma Johor Bahru, Tn Hj Mohd Tahir Hamdan. Turut hadir ialah Ketua Wanita UMNO Pasir Gudang, Pn Fatimah Muhammad.

“Kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu-individu yang telah memberi sumbangan termasuk Kumpulan Media Karangkraf yang menyediakan Al-Quran terjemahan untuk pelajar-pelajar tersebut.

“Adalah diharapkan pelajar-pelajar ini akan menjadi generasi yang mampu menghadapi cabaran yang semakin besar, terutamanya dalam menghadapi ancaman penghakisan jati diri sebagai seorang Muslim dan bangsa Melayu,” kata Pn Azizah.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?