50,000 penduduk Islam Rohingya lari ke Bangladesh
DHAKA, 30 Rabiulawal 1438H, Jumaat – Kira-kira 50,000 penduduk Islam Rohingya melarikan ke Bangladesh untuk mencari perlindungan selepas menjadi mangsa kekejaman tentera Myanmar.
Kementerian Luar Negara itu semalam memanggil Duta Myanmar bagi menyatakan kebimbangan mendalam mengenai kehadiran pelarian secara berterusan.
Lebih malang apabila ia melibatkan puluhan ribu etnik minoriti Rohingya yang tidak mempunyai negara untuk memasuki wilayahnya.
“Kami memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 50,000 warganegara Myanmar mendapatkan perlindungan di Bangladesh sejak 9 Oktober 2016,” kata kenyataan kementerian itu.
Rakhine adalah wilayah yang bersempadan dengan Bangladesh dan menjadi penempatan kepada penduduk Rohingya yang dibenci oleh kebanyakan majoriti Buddha di Myanmar.
Terdahulu, dilaporkan sekitar 100,000 orang Rohingya masih tinggal di kem-kem selepas keganasan meletus pada tahun 2012 memaksa mereka untuk meninggalkan kediaman masing-masing. – Agensi
The post 50,000 penduduk Islam Rohingya lari ke Bangladesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan