Coklat Daim, Toblerone tiada cop halal Jakim
BANGI, 23 Rabiulawal 1438H, Jumaat – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan status halal coklat Daim dan Toblerone yang dijual tidak mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Bahagian Hab Halal Jakim dalam posting terbaru di Facebook berkata, coklat berkenaan turut tidak mendapat pengiktirafan halal daripada mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.
“Oleh yang sedemikian, jadilah pengguna yang bijak dengan membeli produk yang mempunyai logo halal Malaysia atau logo halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim,” kata Jakim.
Untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta badan pensijilan/logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari www.halal.gov.my
Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di http://ift.tt/2icWOhU.
The post Coklat Daim, Toblerone tiada cop halal Jakim appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan