Denda RM2,000 jika guna pembungkus plastik, polisterin

KUALA LUMPUR, 30  Rabiulawal 1438H, Jumaat –Peniaga dan penjaja yang masih menggunakan plastik dan polisterin selepas 1 September 2017 akan dikenakan kompaun maksimum sehingga RM2,000.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata, kementerian memberi tempoh selama sembilan bulan sebagai usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada warga kota sebelum melaksanakan 100 peratus penggunaan bahan tersebut.

 “Dalam tempoh tersebut, kita menyasarkan agar Kuala Lumpur menjadi bandar raya bebas plastik.

“Saya menggalakkan rakyat agar berhenti menggunakan beg plastik, sila bawa beg anda sendiri apabila membeli-belah,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihknya telah memaklumkan kepada persatuan peniaga dan pasar malam berhubung pelaksanaan itu selain mendapat kerjasama daripada pembekal produk biodegradasi yang menepati keperluan peniaga dan pengguna.

“Kebiasaannya bahan biodegradasi ini mahal…hasil daripada perbincangan bersama pembekal, mereka telah pun bersetuju untuk menawarkan harga borong yang wajar kepada peniaga-peniaga setanding dengan harga polisterin dan plastik,” katanya.

Pelaksanaan penggunaan produk jenis biodegradasi (boleh urai) akan berkuat kuasa mulai Ahad ini.

Tindakan tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman polisterin dan plastik terhadap kesihatan, sekali gus menggalakkan pembangunan industri pengeluaran produk biodegradasi.

The post Denda RM2,000 jika guna pembungkus plastik, polisterin appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?