Jangan cetuskan spekulasi kemalangan di LPT2 semalam: EXCO

KEMAMAN, 12 Rabiulawal 1438H, Isnin – “Jangan cetuskan spekulasi dan andaian kemalangan di LPT 2 semalam,” kata Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Terengganu Ir Rosli Othman.

Beliau berkata kemalangan yang mengakibatkan enam maut di Kilometer 288.6 Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT 2) itu dipercayai berpunca daripada kerosakan tayar, dan bukan disebabkan faktor jalan di kawasan terbabit.

“Saya minta orang ramai hentikan andaian. Biar pihak bertanggungjawab lakukan siasatan terlebih dahulu bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

“Orang ramai tidak perlu mendahului pihak berkuasa dengan menyebarkan andaian punca kemalangan itu kerana mendatangkan kesengsaraan kepada keluarga,” katanya kepada pemberita ketika menziarahi jenazah di Unit Forensik Hospital Kemaman, di sini malam tadi.

Rosli, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kemasik, turut membantu keluarga mangsa dengan menyediakan van jenazah bagi menghantar kesemua mangsa ke Marang dan Shah Alam.

Dalam kejadian itu, enam sekeluarga maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan dan terlanggar tiang jambatan.

Insiden itu turut mengakibatkan empat lagi mangsa termasuk pemandu cedera parah. -Bernama

The post Jangan cetuskan spekulasi kemalangan di LPT2 semalam: EXCO appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?