Keselamatan e-rokok, vape masih belum disahkan

KUALA LUMPUR, 1 Rabiualkhir 1438H, Sabtu – Orang ramai terutamanya pengemar rokok elektronik dan vape dinasihatkan untuk tidak menggunakan produk berkenaan kerana keselamatannya masih belum dapat disahkan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan semalam menjelaskan kerajaan mengambil berat terhadap kesihatan rakyat termasuk perokok dan ingin memastikan produk e-rokok yang dijual di pasaran adalah selamat untuk digunakan.

“Sehubungan itu, mana-mana orang yang ingin membekal, mengedar atau menjual e-rokok perlu membuat permohonan untuk mendapatkan pendaftaran dan kelulusan produk mereka sebelum terlibat dengan aktiviti pengedaran atau penjualan e-rokok.

“Kementerian Kesihatan Malaysia juga menasihati orang ramai agar tidak menggunakan produk e-rokok kerana keselamatannya belum disahkan,” katanya.

Pada masa yang sama, KKM turut menjelaskan bahawa pengedar rokok elektronik atau e-rokok perlu berdaftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum menjual produk mereka kepada orang ramai.

“Kelulusan produk e-rokok itu perlu memenuhi semua prosedur untuk pengesahan keselamatan produk tersebut sama seperti pendaftaran untuk bahan racun dan ubatan.

“Setakat ini tiada e-cigarette yang telah mendapat pendaftaran dan kelulusan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan kerana keselamatan produk tersebut tidak dapat dijamin,” katanya.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan tiga kementerian diberi tanggungjawab untuk mengawal selia penggunaan rokok elektronik dan vape iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Kementerian Kesihatan dipertanggungjawab mengawal selia penjualan cecair yang mengandungi nikotin di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952, menjadikan penjualan sediaan yang mengandungi nikotin hanya dibenarkan oleh farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar untuk tujuan rawatan perubatan.

Kementerian itu juga bertanggungjawab mengawal selian penjualan, promosi dan pelabelan yang berkaitan dengan kesihatan bagi cecair tanpa nikotin rokok elektronik dan vape selain larangan merokok termasuk larangan penggunannya bagi orang di bawah umur.

The post Keselamatan e-rokok, vape masih belum disahkan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?