Lapor kepada SPAD jika Uber, Grabcar tidak guna aplikasi tempahan yang sah

PETALING JAYA, 30 Rabiulawal 1438H, Jumaat – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) meminta orang ramai untuk membuat laporan sekiranya didatangi pemandu Uber atau GrabCar yang menawarkan perkhidmatan mengunakan aplikasi tempahan secara tidak sah.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, tindakan mudah dan cepat yang boleh dibuat oleh pengguna ialah dengan mengambil nombor pendaftaran kenderaan pemandu terbabit.

“Kita akan semak, tapi kena ada nombor kereta barulah boleh kesan siapa punya kereta.

“Kemudian buat laporan cepat, kita boleh hantar orang untuk tindakan,” katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan kelompok pemandu Uber/Grab yang sanggup bertukar status menjadi ‘ulat’ untuk mendapatkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 gara-gara persaingan tinggi di lokasi berkenaan.

Katanya, agak sukar untuk pihak berkuasa mengesan aktiviti licik pemandu-pemandu ini disebabkan mereka menggunakan kenderaan sendiri dan tidak mempunyai ‘tanda’ khas, sama seperti teksi sapu atau ‘ulat’ sedia ada yang telah wujud sejak sekian lama.

“Pemandu e-hailing ni susah untuk kita tangkap, nanti dia mengaku ambil saudara dialah, adik-beradiklah.

“Dia punya kereta tak ada tanda, itu yang susah bagi pihak kita, tapi ini berbalik kepada sikap bertanggungjawablah,” katanya.

Selain itu, Syed Hamid berkata, tindakan menunggu dan memujuk penumpang jelas sekali bertentangan dengan konsep e-hailing yang diamalkan di seluruh dunia.

Justeru, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan ke atas mereka, manakala pihak Uber atau GrabCar juga tidak boleh berkompromi dengan pemandu-pemandu seperti ini.

The post Lapor kepada SPAD jika Uber, Grabcar tidak guna aplikasi tempahan yang sah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?