MH370: Malaysia, Australia dan China bincang tindakan lanjut
BANGI, 21 Rabiulawal 1438H, Rabu – Kementerian Pengangkutan akan mengadakan perbincangan tiga pihak dengan kerajaan Australia dan China bagi memutuskan usaha seterusnya mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, mesyuarat itu mencari penyelesaian mengenai langkah seterusnya bagi mengenal pasti lokasi sebenar pesawat malang berkenaan.
“Sebarang keputusan mengenai lokasi carian bergantung kepada apa yang ditentukan dalam mesyuarat itu.
“Selagi mesyuarat itu belum diadakan, kerajaan tidak boleh membuat sebarang komen terhadap laporan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) bahawa ianya tidak berada dalam kawasan carian semasa di selatan Lautan Hindi,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Sebelum ini, ATSB dalam laporan terbarunya merumuskan bahawa MH370 berkemungkinan terhempas di kawasan yang lebih jauh ke bahagian utara dari zon carian semasa.
The post MH370: Malaysia, Australia dan China bincang tindakan lanjut appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan