OIC puji resolusi PBB henti penempatan Israel


JEDDAH, 26 Rabiulawal 1438H, Isnin – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memuji langkah Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang membawa penamatan penempatan haram Israel di Palestin.

Setiausaha Agung OIC, Dr Yousef Al-Othaimeen turut menganggap resolusi itu merupakan sebuah sejarah.

“Ini akan menyumbang kepada penegasan hak-hak yang sah dan tidak boleh dicabut dari rakyat Palestin,” kata Al Othaimeen seperti dipetik daripada Saudi Gazette.

Beliau turut memuji kedudukan dan usaha negara-negara Islam, serta semua ahli Majlis Keselamatan PBB yang memberikan suara untuk resolusi.

Pada masa yang sama, beliau berharap, resolusi itu akan menjadi langkah penting untuk mengadakan persidangan keamanan antarabangsa.

“Sekali gus melancarkan proses politik pelbagai hala untuk menamatkan pendudukan Israel dan mencapai perdamaian, berdasarkan penyelesaian dua negara. Setiausaha Agung PBB dan Ban Ki-Moon, ternyata turut mengalu-alukan resolusi yang dikeluarkan Majlis Keselamatan PBB,” ujar Al Othaimeen lagi.

Resolusi PBB itu diambil selepas Amerika Syarikat (AS) enggan menggunakan kuasa vetonya yang biasanya dilakukan untuk membela Israel.

Draf resolusi asal yang digariskan oleh Mesir itu pada mulanya ditolak selepas Israel meminta campur tangan bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Bagaimanapun, draf itu diusulkan sekali lagi oleh Malaysia, New Zealand, Senegal dan Venezuela sekali gus memaksa PBB menetapkan pendirian berhubung isu berkenaan.

The post OIC puji resolusi PBB henti penempatan Israel appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?