Parti anti-Islam MCA kata pindaan enakmen Perlis perbuatan curang

BANGI, 9 Rabiulawal 1438H, Jumaat – Parti komponen Barisan Nasional yang anti-Islam, MCA, hari ini mengutuk keras tindakan kerajaan Perlis meminda enakmen membolehkan sama ada ibu atau bapa melakukan penukaran agama anak yang bukan Islam kepada Islam.

The Star Online melaporkan Presiden MCA, Liow Tiong Lai menyifatkan pindaan itu sebagai ‘sabotaj’ oleh kerajaan negeri Perlis kerana menurutnya ia jelas melanggar dan menentang apa yang ingin dicapai Kerajaan Persekutuan.

“Sesungguhnya kerajaan Perlis sedar bahawa Kerajaan Persekutuan baharu sahaja membentangkan Rang Undang-undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 yang turut menyentuh mengenai isu penukaran unilateral bagi anak bawah umur. Pindaan ini (oleh kerajaan Perlis) sangat tidak boleh diterima.

“Ia bukan sahaja satu langkah ke belakang, tetapi satu cabaran langsung terhadap apa yang Kerajaan Persekutuan cuba lakukan di peringkat Kabinet. Apa yang Menteri Besar cuba buktikan? Ini adalah satu perbuatan curang dan kami tidak boleh menerimanya,” katanya.

Semalam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis meluluskan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006, yang sekali gus membenarkan hanya seorang sahaja – sama ada ibu atau bapa – mengislamkan anak mereka.

Pindaan itu dibuat terhadap versi bahasa Melayu enakmen berkenaan yang sebelum ini menyatakan bahawa kanak-kanak di bawah usia 18 tahun boleh memeluk Islam dengan kebenaran ‘ibu bapa’ atau penjaga.

Mengulas isu yang sama hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Kabinet bersetuju meminda Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan ia membawa maksud yang lebih jelas.

Beliau berkata, ia berikutan nasihat daripada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk meminda peruntukan itu berikutan perkataan yang digunakan dalam artikel berkenaan tidak begitu jelas.

Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya.

Ianya akan ditukar kepada ‘ibu atau bapa’ atau penjaganya.

BERITA BERKAITAN

Kabinet setuju pinda Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan

The post Parti anti-Islam MCA kata pindaan enakmen Perlis perbuatan curang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?