Peguam Negara Israel arah polis siasat Netanyahu

BAITULMAQDIS, 30 Rabiulawal 1438H, Jumaat – Peguam Negara Israel mengarahkan siasatan jenayah dibuat ke atas Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu, lapor sebuah saluran TV di negara itu, semalam.

Bagaimanapun Jurucakap Kementerian Kehakiman memaklumkan dakwaan tersebut masih belum dapat disahkan.

“Peguam Negara, polis dan pendakwa raya kini sedang bekerjasama untuk menyiasat kes itu dan satu pengumuman akan dibuat sebaik sahaja siasatan selesai,” katanya.

Laporan stesen TV itu juga mendakwa, Netanyahu dipanggil untuk memberi keterangan berdasarkan dua perkara yang tidak dinyatakan setakat ini.

Polis enggan mengesahkan atau menafikan laporan Channel 10.

“Apabila tiba masanya kami akan memaklumkan status siasatan,” kata unit siasatan khas dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Netanyahu juga telah dikaitkan dengan tuduhan salah laku dalam pembelian kapal selam dari Jerman, di mana media telah melaporkan konflik kepentingan yang melibatkan peguamnya.

Bagaimanapun beliau telah menafikan dakwaan tersebut.

The post Peguam Negara Israel arah polis siasat Netanyahu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?