ismakualaterengganu

Pemuda Isma Nilai anjur Cabaran Bukit Melati

Oleh: Zulfakar Ishak NILAI, 27 Dis – Mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat merupakan satu tuntutan kepada semua orang terutama golo...

Oleh: Zulfakar Ishak

NILAI, 27 DisMengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat merupakan satu tuntutan kepada semua orang terutama golongan pemuda yang merupakan pelapis kepada kepimpinan negara di masa hadapan.

Menurut Ketua Pemuda Isma Nilai, Mohd Khairul Faaizi bin Alias, pemuda harus mempunyai semangat yang tinggi untuk kekal sihat dalam setiap masa.

“Kita orang muda tidak boleh lembik, kena ada semangat yang berkobar-kobar untuk sentiasa aktif dan tahan lasak sebagai persediaan untuk menjadi pemimpin,” ujarnya dalam sesi temubual selepas berakhirnya Cabaran Bukit Melati 2016 anjuran Pemuda Isma Nilai.

Beliau turut menegaskan bahawa setiap pemuda perlu bertanggungjawab terhadap kesihatan diri masing-masing yang merupakan amanah dari Allah untuk dijaga.

Cabaran Bukit Melati adalah satu program yang diadakan untuk menarik golongan pemuda diluar sana untuk bersama dengan Pemuda Isma dalam setiap aktiviti-aktiviti yang diadakan untuk membudayakan cara hidup sihat dan bermanfaat.

Seramai lebih 30 orang peserta telah menyertai aktiviti kali ini yang kebanyakannya daripada sekitar Nilai, Salak Tinggi, Seremban dan Kajang, juga terdapat peserta dari kalangan bukan Islam yang turut sama menyertai cabaran kali ini.

 

Sumber

Related

TERKINI 3235683202922209102

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item