Pusingan kedua ‘kosongkan’ Aleppo berjaya
ISTANBUL, 16 Rabiulawal 1438H, Jumaat – Pusingan kedua ‘pengosongan’ timur Aleppo, Syria berjaya dilaksanakan semalam, kata seorang pegawai Turki.
Operasi memindahkan ribuan orang awam dan pejuang dari kubu terakhir pemberontak di Aleppo bermula Khamis lalu, sebahagian perjanjian gencatan senjata yang menamatkan lima tahun pertempuran di bandar itu.
Timbalan Perdana Menteri Turki, Veysi Kaynak berkata, sebanyak 20 buah bas membawa kira-kira 1,000 pelarian digunakan untuk pemindahan itu.
Beliau berkata, bilangan mereka yang dibawa keluar dari bandar hampir mencecah 100,000 orang.
Sementara itu, konvoi ketiga sedang digerakkan bagi membawa keluar lebih 100,000 orang dari Aleppo. Bagaimanapun, tiada maklumat terperinci mengenai konvoi terbabit.
Sementara itu, kanak-kanak yang cedera serta keluarga mereka dibawa ke sebuah hospital di bandar Gaziantep, Turki. – Agensi
The post Pusingan kedua ‘kosongkan’ Aleppo berjaya appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan