Rejim Syria serang kawasan bekalan air Damsyik

BEIRUT, 27 Rabiulawal 1438H, Selasa – Rejim Syria telah meningkatkan lagi serangan bom di kawasan barat laut Damsyik – kawasan dikuasai pembangkang – di mana kawasan terbabit adalah kawasan strategik kerana terletaknya bekalan air ibu negara.

Penduduk dan pembangkang berkata, rejim Syria turut mengebom dan membedil beberapa bandar di lembah Wadi Barada kita-kira 18 kilometer (11 batu) barat laut ibu negara dalam serangan yang dilancarkan bermula pada Jumaat lepas.

“Pertempuran pada Isnin lebih ditujukan ke atas penduduk Baseimeh di pinggir bandar di mana tentera dan sekutu-sekutunya menolak dalam usaha memajukan kawasan.

“Serangan bom itu menyebabkan 14 orang awam terbunuh dan terkena ke atas sebuah klinik perubatan dan unit pertahanan awam di kawasan yang dikepung dengan capaian terhad untuk makanan dan bahan api.

“Serangan udara itu juga turut menyebabkan stesen utama pam air, Ein al Fija, tidak berfungsi di mana saluran paip bawah tanah biasanya menyediakan sekitar 65 peratus air ke kawasan perumahan di ibu negara,” kata penduduk dan pembangkang.

Susulan itu, pihak berkuasa berkata, bekalan air yang disalurkan kepada ibu negara akan dipotong bagi menampung kekurangan sementara.

Sementara itu, rejim Syria mendakwa serangan itu disasarkan kepada ‘pengganas’.

Tentera Syria menyalahkan pembangkang kerana mencemarkan air dengan bahan diesel. – Agensi

The post Rejim Syria serang kawasan bekalan air Damsyik appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian