Tan Sri Zulhasnan Rafique dilantik jadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR, 28 Rabiulawal 1438H, Rabu – Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique hari ini dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang baharu.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Luar Negeri dengan mengumumkan pelantikan Tan Sri Zulhasnan sebagai menggantikan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Sebelum ini, Zulhasnan pernah memegang jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dari 2006 hingga 2009 dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dari 2004 hingga 2006.

Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Wangsa Maju dari 1999 hingga 2004 dan Ahli Parlimen Setiawangsa dari 2004 hingga 2013.

Sejak 2014, Zulhasnan merupakan Canselor bagi Geomatika University College Malaysia.

The post Tan Sri Zulhasnan Rafique dilantik jadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?