Tanam azam lawan serangan gugat kedaulatan Islam: Khutbah Jakim

BANGI, 30 Rabiulawal Jumaat – Umat Islam diingatkan untuk menyimpan azam dan membuat persediaan awal dalam mendepani pelbagai cabaran yang bakal ditempuh menjelang masuk tahun 2017.

Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menyeru agar umat Islam menanam tekad dan azam agar kita sentiasa dapat meningkatkan nilai tambah dan kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan termasuk azam untuk melawan agenda yang menggugat kedaulatan Islam.

Ini kerana melihat situasi sepanjang 2016, pelbagai cabaran yang dihadapi umat Islam antara paling ketara ialah serangan pemikiran yang mengugat kedaulatan Islam dan keharmonian masyarakat.

“Sebahagian besar pemikiran ini seringkali mengecam dengan melaungkan dasar-dasar kebebasan yang hampir menimbulkan suasana yang tidak berperaturan.

“Lebih malang, ia menjadi senjata untuk menyerang dan menjauhkan agama dari pemerintahan.

“Senario ini bukan sahaja meruntuhkan akhlak tetapi melemahkan jiwa dan keimanan seseorang,” kata kenyataan khutbah.

Selain itu, mimbar khutbah juga berpendapat, tahun 2017 yang akan masuk dua hari lagi ini perlu dijadikan sebagai tahun pengurusan yang sangat penting kepada diri kita, keluarga, masyarakat dan negara.

Ia berikutan umat yang berkualiti merupakan antara faktor terhasilnya kesejahteraan hidup dan kemajuan bagi sesebuah negara.

“Kualiti terhasil apabila kita memahami maksud sebenar konsep insaniah diri iaitu kemanusiaan sejati yang melaksanakan segala amanah dan tugasan dengan sempurna berasaskan keimanan kepada Allah SWT.

“Penghormatan yang begitu besar ini sebenarnya menuntut kita agar melakukan pengurusan terhadap sistem dan persekitarannya dengan sebaik mungkin.

“Sebagai panduan, kita dibekalkan dengan Al-Quran melalui mukjizat Rasulullah SAW bagi menentukan halatuju yang tepat. Ternyata, sistem pengurusan yang berpaksikan wahyu ini amat berbeza dengan sistem yang lain.

“Sistem ini membuka minda dan mengubah sikap kita kepada tingkah laku yang betul, baik, berkebajikan, berperikemanusiaan, belas kasihan, takwa dan melakukan pekerjaan dengan kaedah yang terbaik,” kata kenyataan khutbah itu lagi.

The post Tanam azam lawan serangan gugat kedaulatan Islam: Khutbah Jakim appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?