Tiga sungai utama di Kelantan catat paras berjaga-jaga

Sumber foto: EPA/AZHAR RAHIM

KOTA BHARU, 1 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Tiga sungai utama di Kelantan mencatatkan paras berjaga-jaga sehingga pukul 10 pagi ini berikutan hujan lebat yang melanda kawasan hulu Kelantan sejak semalam.

Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di http://ift.tt/2iP1HlU, Sungai Galas di Dabong berada di paras 34.15 meter berbanding paras berjaga-jaga 32.00 meter.

Selain itu, Sungai Lebir di Tualang pula berada di paras 27.90 meter (paras berjaga-jaga 27 meter) dan Sungai Kelantan di Tangga Krai pula adalah 20.02 meter (paras berjaga-jaga 20 meter). – Bernama

The post Tiga sungai utama di Kelantan catat paras berjaga-jaga appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?