Tren dari Tumpat ke Kuala Lipis tergelincir
KUALA LUMPUR, 1 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Sebuah tren Intercity dari Tumpat menghala ke Kuala Lipis tergelincir dekat terowong di Bukit Abu, Dabong , Kuala Krai akibat tanah runtuh, 8.30 pagi tadi.
Pengurus Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Siti Badariah Wan Hanafi berkata, semua perkhidmatan tren antara Kuala Krai – Gua Musang – Kuala Krai digantung sementara disebabkan insiden itu.
“Bagi perkhidmatan Ekspres Timuran No. 26 (Johor Bahru – Tumpat), perkhidmatan tren tamat di Stesen Dabong dan para penumpang akan meneruskan perjalanan ke Stesen Tumpat dengan menggunakan bas.
“Bagi perkhidmatan Ekspres Timuran No. 27 (Tumpat Johor – Bahru), para penumpang akan menaiki bas dari Stesen Tumpat ke Stesen Gua Musang dan akan meneruskan perjalanan ke Johor Bahru menggunakan tren,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Susulan itu, Siti Badariah berkata, KTMB memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi orang ramai dan mereka boleh menghubungi pusat panggilan kami di 03-2267 1200 untuk sebarang pertanyaan.
Katanya, maklumat lanjut boleh juga diperolehi dengan melayari laman web www.ktmb.com.my.
The post Tren dari Tumpat ke Kuala Lipis tergelincir appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan