Annuar Musa digantung tugas Pengerusi Mara serta-merta

Sumber foto: NSTP/FARIZ ISWADI ISMAIL

KUALA LUMPUR, 3 Jamadilawal 1438H, Selasa – Majlis Amanah Rakyat (Mara), hari ini menggantung tugas Tan Sri Annuar Musa sebagai pengerusi agensi kerajaan itu dan juga Pelaburan Mara Berhad (PMB) berkuat kuasa serta-merta.

Ahli Majlis Mara, Datuk Dr Yusof Yaacob berkata, keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

Ianya dibuat bagi membolehkan siasatan dalaman dilakukan berhubung isu penajaan membabitkan pasukan bola sepak Kelantan.

“Kita mahu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi ini. Oleh itu, segala siasatan akan dibuat,” katanya selepas mesyuarat tergempar Ahli Majlis Mara di sini, hari ini.

Dr Yusof berkata, Annuar sudah dimaklumkan mengenai perkara ini dan beliau akur dengan keputusan yang dicapai dalam satu mesyuarat tergempar tersebur.

Susulan itu, semua tugas Annuar di agensi itu akan dipangku Dr Yusof.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh dilantik sebagai Pengerusi Mara berkuat kuasa 19 Julai 2003.

KATA PEDANG: Annuar Musa patut letak jawatan Pengerusi Mara

The post Annuar Musa digantung tugas Pengerusi Mara serta-merta appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?