Banjir: 63 sekolah di Terengganu ditutup

KUALA TERENGGANU, 5 Rabiulawal 1438H, Rabu – Keadaan banjir yang bertambah buruk di Terengganu hari ini menyebabkan 16,938 murid dan 1,949 guru tidak dapat pergi ke sekolah apabila 63 sekolah di empat daerah di negeri ini terpaksa ditutup.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Shafruddin Ali Hussin berkata jabatan menjangka hanya 24 sekolah sahaja akan ditutup namun hujan lebat berterusansejak semalam menyebabkan lebih banyak laluan ke sekolah dinaiki air dan ada sebahagian sekolah turut dilanda banjir.

“Daripada 63 sekolah itu, 24 sekolah ditutup di Hulu Terengganu, masing-masing 19 di Besut dan Setiu serta sebuah sekolah lagi terletak di Kemaman,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak sekolah akan ditutup esok sekiranya banjir bertambah buruk di Terengganu. – Bernama

The post Banjir: 63 sekolah di Terengganu ditutup appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?