Enam terbunuh serangan ke atas masjid di Kanada
QUEBEC, 1 Jamadilawal 1438H, Isnin – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh manakala lapan yang lain cedera selepas sekumpulan lelaki melepaskan tembakan di sebuah masjid di bandar Quebec, Kanada, semalam.
Kumpulan lelaki bersenjata berkenaan dilaporkan melepaskan tembakan ke arah 40 orang jemaah yang sedang menunaikan solat di Pusat Kebudayaan Islam Quebec kira-kira jam 8 malam waktu tempatan.
Presiden masjid, Mohamed Yangui berkata, beliau bergegas ke masjid selepas menerima panggilan daripada salah seorang jemaah ketika kejadian itu berlaku.
“Mengapa kejadian ini berlaku di sini? Ia adalah tidak bertamadun. Saya mendapat panggilan yang memaklumkan mengenai kejadian itu dan saya masih terkejut terus berlari ke masjid.
“Saya diberitahu bahawa salah seorang penyerang ditahan di tempat kejadian manakala seorang lagi ditahan di kawasan berhampiran,” katanya.
Bagaimanapun, polis berjaya menangkap dua suspek yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu.- Agensi
The post Enam terbunuh serangan ke atas masjid di Kanada appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan