Harga minyak petrol naik lagi?

BANGI, 3 Jamadilawal 1438H, Selasa – Harga minyak petrol naik antara lima sen dan 20 sen mulai tengah malam ini. Demikian viral yang mula tersebar di laman sosial Whatapps, sejak tengah hari tadi.

Viral yang mengatakan RON95 akan dijual pada harga RM2.25 seliter (naik 15 sen); RON97 (RM2.45 naik 5 sen) dan Diesel (RM2.25 naik 20 sen), mulai 1 Februari tidak dapat disahkan.

Awal bulan ini RON95 dijual pada harga RM2.10 seliter, RON 97 (RM2.40) dan Diesel (RM2.05).

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz dilaporkan tidak menolak kemungkinan harga minyak akan naik.

“Mesej viral itu tidak dapat disahkan… tetapi berdasarkan kiraan kami, kami jangkakan ada kenaikan (untuk Februari). Bagaimanapun, akhirnya terpulanglah kepada kerajaan untuk tetapkan harga,” katanya seperti dilapor sebuah portal.

Harga minyak mentah dunia mula melonjak tinggi selepas anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan bukan OPEC bersetuju mengurangkan pengeluaran 15 peratus, Disember lalu.

The post Harga minyak petrol naik lagi? appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?