Kit Siang bacul jika tak saman Hadi

Sumber foto: NSTP/Izhari Ariffin.

KUALA LUMPUR, 3 Jamadilawal 1438H, Selasa – Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd.Khairuddin Aman Razali mencabar penasihat veteran DAP, Lim Kit Siang untuk membuktikan bahawa beliau bukan seorang ahli politik yang bacul, dengan meneruskan saman terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kit Siang sebelum ini dilaporkan mahu menyaman Presiden PAS itu kerana mendakwanya sebagai seorang anti-Islam.

Susulan itu, Khairuddin berkata, parti sedia berdepan dengan saman itu dan menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sikap sebenar Ahli Parlimen Gelang Patah berkenaan.

“PAS alu-alukan Kit Siang untuk saman, dia bacul kalau tidak saman. Kemukakan saman kepada PAS sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Rakyat akan menilai sikap sebenar Kit Siang yang memang anti kepada Islam. PAS tidak takut untuk berdepan dengan Kit Siang di mahkamah,” katanya.

Khairuddin berkata, Kit Siang perlu membuktikan bahawa dia tidak anti-Islam dengan menyokong usaha PAS mengukuhkan syariat Islam melalui sokongan kepada Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Sementara itu, Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, terdapat kemungkinan Kit Siang mahu menyaman Hadi Awang kerana parti itu tidak ‘membalas cinta mereka’.

Sambil menyifatkan, Kit Siang berada dalam keadaan celaru dan beliau percaya kenyataan Kit Siang itu akan berubah-ubah dan nampak ketidaktentuan menjelang PRU akan datang.

“Saya tengok beliau (Lim Kit Siang) dalam keadaan yang bercelaru. Sebelum ini hulurkan tangan mengajak PAS bekerjasama, mungkin lepas kita tolak ajakan itu ia jadi seperti ‘cinta tidak berbalas’,” katanya.

The post Kit Siang bacul jika tak saman Hadi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?