KLS 2017 - BERCITA-CITA TINGGI DEMI MASA DEPAN UMAT




Oleh:Nor Hidayah Ab Aziz
KUALA NERUS, 7 Jan -“Bercita-cita tinggilah kerana masa depan bangsa, negara dan umat ini di tangan kita. Marilah mula merancang kerana kegagalan melakukannya sekarang bakal memberi kesan kepada masa depan”, ujar Ustaz Dr. Razali Musa yang juga Yang diPertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kuala Terengganu dalam ucapan perasmiannya pagi ini.

Tambahnya lagi, KLS ini umpama “orang mengantuk disorongkan bantal” kerana ia medan yang cukup baik untuk mula memikirkan masa depan yang lebih cemerlang dan mula bereksplorasi dengan cabaran hidup yang mendatang.

Karnival tahunan yang diadakan di Auditorium Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini telah berjaya mengumpulkan seramai lebih 200 pelajar lepasan sekolah daripada daerah Kuala Terengganu dan sekitarnya. Objektif penganjuran yang mahu memberi panduan dan pendedahan tentang halatuju selepas sekolah seperti pilihan pusat pengajian tinggi dan bidang pelajaran, peluang ke luar negara serta peluang kerjaya ini membariskan professional yang cemerlang di lapangan masing-masing seperti Ustaz Suhail Sufian, Pegawai Bank, Dr Anas Mat Asis, doktor perubatan dan ramai lagi. Antara lain yang menarik ialah forum survival kampus, pameran kerjaya dan tips temuduga dan biasiswa.

Karnival Lepasan Sekolah (KLS) ini adalah karnival yang berlangsung di seluruh negara dengan anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM), Persatuan Belia Islam Nasioanal (PEMBINA), Biro Luar Negara (BLN), PACU bersama sokongan i-Guru dan i-Medik. Justeru, jika berminat boleh mendaftarkan diri di tempat masing-masing.
Lawati fanpage, facebook Kelab Remaja Ikatan Muslimin (KRIM) - Kuala Terengganu https://www.facebook.com/KRIMKT/?fref=ts atau ikuti kami di Instagram Krim Kuala Terengganu.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian