Kumpulan anti-RUU355 mahu bangkit kebencian terhadap sistem perundangan syariah


JITRA, 3 Jamadilawal 1438H, Selasa
– Kewujudan kumpulan yang menentang Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Akta 355 hanya bertujuan membangkitkan kebencian masyarakat kepada sistem perundangan syariah di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) Datuk Prof Mahamad Naser Disa berkata, ini kerana kumpulan penentang itu berpendirian bahawa tiada tempat untuk perundangan syariah di sebuah negara sekular seperti Malaysia.

“Kita perlu betulkan fahaman ini, kerana kita bukan negara sekular seperti yang disebut mereka, sebab dalam perlembagaan tegas mengatakan Islam adalah agama persekutuan dan dalam perlembagaan tiada istilah sekular.

“Sebab itu kita mesti jelaskan kepada masyarakat bahawa agama Islam agama bagi persekutuan dengan sebab itu undang-undang syariah perlu disuburkan malah telah lama wujud sebelum undang-undang Inggeris dibawa masuk sekitar 200 tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi seorang panel Forum Penerangan RUU Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan Program Tranformasi Pemikiran Islam Malaysia (TRAPI) peringkat negeri Kedah di Dewan Wawasan di sini, hari ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 bagi meminda Akta 355 di Dewan Rakyat pada 24 Nov tahun lepas.

Mahamad Naser berkata, kumpulan penentang itu juga ingin melihat berlakunya perkembangan pemikiran hak asasi manusia hingga mengatasi hukum-hakam beragama.

“Perkara yang dituntut mereka itu menyalahi hukum syarak seperti hak untuk murtad dan hak kebebasan beragama,” katanya.

Sehubungan itu, IKSIM akan terus mengadakan program penerangan dan penjelasan kepada masyarakat terutama guru-guru agama, wakil masyarakat dan penduduk mengenai rang undang-undang berkenaan. – Bernama

The post Kumpulan anti-RUU355 mahu bangkit kebencian terhadap sistem perundangan syariah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?