Larangan perjalanan: Trump pecat pemangku Peguam Negara enggan ikut arahan

WASHINGTON, 3 Jamadilawal 1438H, Selasa – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memecat pemangku Peguam Negara AS, Sally Yates selepas beliau mengarahkan Jabatan Keadilan (DoJ) untuk tidak menguatkuasakan perintah eksekutif Trump melarang perjalanan pelawat dari tujuh negara Islam.

Trump menamakan Peguam Negara bagi daerah timur Virginia, Dana Boente menggantikan Yates, kata jurucakap Rumah Putih, Sean Spicer.

Yates dilaporkan berkata, beliau tidak yakin perintah eksekutif sekatan pelancong oleh Trump, adalah sah.

Perisytiharan luar biasa Yates, pegawai tertinggi penguat kuasa di AS, adalah perkembangan terbaharu kontroversi yang mencetuskan tunjuk perasaan di lapangan terbang seluruh AS dan ramai anggota Kongres Republikan menjauhkan diri dari Rumah Putih.

“Saya bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kedudukan yang kita ambil di mahkamah tetap konsisten dengan penuh berkewajipan untuk sentiasa mencari keadilan dan tetap di atas jalan yang betul.

“Pada masa ini, saya tidak yakin bahawa mempertahankan perintah eksekutif adalah selaras dengan tanggungjawab ini, juga saya tidak yakin bahawa perintah eksekutif itu adalah sah.

“Oleh itu, selama saya menjadi pemangku Peguam Negara, Jabatan Kehakiman tidak akan berhujah mempertahankan perintah eksekutif, melainkan saya benar-benar yakin bahawa adalah wajar untuk berbuat demikian,” kata Yates.

Jumaat lalu, Trump menandatangani perintah eksekutif menghalang pelawat dari tujuh negara Islam memasuki Amerika. Negara berkenaan ialah Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman.

Ahad lalu, Peguam Negara bagi 16 negeri di Amerika, termasuk California dan New York, mengecam arahan Trump yang dianggap tidak berperlembagaan dan memberi jaminan akan menentangnya. – Agensi

The post Larangan perjalanan: Trump pecat pemangku Peguam Negara enggan ikut arahan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?