Mara: Annuar Musa terima keputusan digantung, sedia bekerjasama bantu siasatan

KUALA LUMPUR, 3 Jamadilawal 1438H, Selasa – Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau akur dengan keputusan penggantungannya sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) yang berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Annuar yang kini berada di New Zealand, berkata beliau tidak tahu menahu berkenaan mesyuarat khas Ahli Majlis Mara yang diadakan hari ini itu.

“Saya tidak tahu mereka akan mengadakan mesyuarat dan saya belum pernah dipanggil dan ditanya tentang apa-apa isu secara rasmi (sebelum ini),” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Katanya beliau hanya dimaklumkan keputusan itu oleh Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad dan Dr Yusof selepas mesyuarat selesai.

Annuar berada di New Zealand bagi urusan rasmi Maraantaranya menghadiri Mesyuarat Bersama Kolej Yayasan Saad dan Queenstown Recreational College (OTAGO University) dan dijangka pulang ke tanah air pada Khamis.

Ahli Majlis Mara, Datuk Dr Yusof Yacob dalam sidang akhbar hari ini, berkata penggantungan Annuar dibuat bagi membolehkan audit dalaman Maramenyiasat beberapa perkara mengenai agensi itu termasuk penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW).

Sepanjang penggantungan itu Annuar tidak boleh mengakses informasi dan sebarang arahan yang melibatkan tugas sebagai pengerusi manakala semua tugasnya akan dipangku Yusof selepas mendapat persetujuan Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, beliau sedia memberi kerjasama dalam siasatan yang akan diadakan.

Annuar turut menegaskan beliau pernah meminta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Ibrahim untuk mengadakan audit dalaman selepas timbul pelbagai khabar angin mengenai isu itu.

“Tuduhan dan kenyataan yang keluar itu macam-macam, jadi saya beritahu menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan ketua pengarah (Mara) supaya dibuat audit dalaman atas perkara-perkara yang berkaitan.

“Tidak ada sesiapapun yang boleh mengatasi peraturan, bagi saya segala kerja mesti mengikut peraturan-peraturan yang ada, dan kalau ada tuduhan-tuduhan pihak berkenaan kena siasatlah,” katanya. – Bernama

The post Mara: Annuar Musa terima keputusan digantung, sedia bekerjasama bantu siasatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?