MPK roboh tokong menyerupai kubah masjid


SHAH ALAM, 3 Jamadilawal 1438H, Selasa
– Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini merobohkan sebuah tokong kecil yang menyerupai kubah masjid di Bukit Raja, Klang dekat sini kerana dibina tanpa kebenaran majlis serta Pejabat Daerah dan Tanah Klang.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata MPK telah memberikan notis kepada pemilik tokong pada 24 Jan lepas supaya memindahkan atau membuka struktur binaan tokong tersebut, namun arahan itu tidak diendahkan.

“Pembinaan tokong ini dibuat atas tanah kerajaan dan MPK telah arahkan pemiliknya memindah atau robohkan binaan itu, pemilik juga berjanji untuk robohkan selepas perayaan Tahun Baharu Cina.

“Namun sehingga semalam, tiada sebarang tindakan diambil pemilik. Berikutan itu, MPK dengan kerjasama polis membantu pejabat daerah merobohkan kuil berkenaan pagi tadi.

“Tindakan diambil mengikut Akta Parit dan Bangunan 1974 kerana mendirikan bangunan atau struktur binaan tanpa kebenaran majlis,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sebelum ini, tokong kecil yang menyerupai kubah masjid itu menjadi tular di laman sosial dan mendapat kecaman masyarakat termasuk penduduk setempat.

Berikutan itu, mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik tokong berkenaan yang disifatkan biadap kerana tidak menjaga sensitiviti umat Islam. -Bernama

Netizen kesal, marah binaan tokong menyerupai masjid

The post MPK roboh tokong menyerupai kubah masjid appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?