Penganjur Himpunan 355 mesti patuh undang-undang

KUALA LUMPUR, 10 Rabiulakhir 1438H, Isnin – Pihak polis berkata mereka hanya akan membenarkan ‘Himpunan 355’ diadakan di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini sekiranya penganjurnya mematuhi semua syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Penganjur perlu mematuhi syarat seperti mendapatkan kebenaran pemilik tempat, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar merujuk kepada perhimpunan yang dilapor di rancang oleh PAS.

“Jika mereka mematuhi semua syarat Akta Perhimpunan Aman, polis akan ‘facilitate’ (mudahkan), tapi jika mereka tidak patuhi syarat-syarat kita akan melarang,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis serah terima tugas Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan SAC Shamsudin Mat dilantik sebagai Komandan Pulapol yang baharu menggantikan Datuk Zahari Mohd Yusoff yang bersara wajib mulai esok.

Ditanya sama ada penganjur telah membuat permohonan, Khalid berkata setakat ini beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

PAS dilapor mahu mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk memberi penerangan kepada orang ramai khususnya umat Islam mengenai pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali sebagai Akta 355.- Bernama

The post Penganjur Himpunan 355 mesti patuh undang-undang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?