Punca sebenar lantai marmar di Masjidil Haram sejuk

MAKKAH, 2 Jamadilawal 1438H, Selasa – Bagi sesiapa yang pernah mengerjakan haji atau umrah, mereka pastinya perasan bahawa lantai marmar di Masjidil Haram dan di keliling Kaabah, terasa sejuk walaupun suhu ketika itu panas.

Ramai yang telah membincangkan punca di sebalik marmar itu sejuk.

Pejabat Umum Presiden bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci berkata, sebab utama lantai itu menjadi sejuk ialah pemilihan marmar yang dipasang.

Arab Saudi telah memilih marmar jenis thassos yang diimport dari Greece yang membias sinaran terik matahari dan menurunkan suhu pada waktu siang.

Pihak berkuasa menafikan dakwaan bahawa punca utama lantai marmar itu menjadi sejuk disebabkan saluran paip air yang ditanam di bawah lantai marmar itu. – Agensi

The post Punca sebenar lantai marmar di Masjidil Haram sejuk appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?