Serangan masjid Kanada: Pelajar didakwa
QUEBEC, 3 Jamadilawal 1438H, Selasa – Polis Kanada telah mendakwa seorang pelajar Perancis-Kanada atas tuduhan menembak mati enam jemaah Islam di sebuah masjid di Quebec.
Alexandre Bissonnette, 27, menghadapi enam pertuduhan pembunuhan darjah pertama dan lima cubaan membunuh.
Suspek ditahan dalam kereta di atas jambatan dari Quebec ke Ile d’Orleans, di mana dia menelefon polis untuk mengatakan dia mahu bekerjasama dengan pihak berkuasa.
Seorang lelaki Maghribi, Mohamed Khadir turut ditahan selepas serangan itu sebagai saksi.
Bissonnette tidak membuat rayuan selepas dia hadir di mahkamah semalam.
Menurut media tempatan, Bissonnette belajar sains politik dan antropologi di Universiti Laval, yang kampusnya adalah kira-kira 3 kilometer dari masjid.
Lebih daripada 50 orang berada di masjid apabila tembakan itu dilakukan sebelum jam 8 malam Ahad lalu.
Sembilan belas orang cedera dan lima orang masih di hospital, dua dalam keadaan kritikal.
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Premier Quebec, Philippe Couillard kedua-dua menyifatkan kejadian itu sebagai serangan pengganas. – Agensi
The post Serangan masjid Kanada: Pelajar didakwa appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan