Surcaj RM100 penumpang naik tanpa tiket mulai 1 Mac
KUALA LUMPUR, 3 Jamadilawal 1438H, Selasa – Berkuat kuasa 1 Mac ini, mereka yang menaiki tren Intercity dan Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) tanpa tiket atau tiket yang sah akan dikenakan surcaj RM100, umum KTMB hari ini.
Surcaj itu bertujuan mendidik dan mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan tiket yang sah sebelum menaiki tren.
“Tiket yang sah adalah penting untuk memastikan keselesaan dan keselamatan penumpang serta dilindungi insurans semasa dalam perjalanan,” kata syarikat itu dalam kenyataan di sini.
Tiket tren Intercity dan ETS boleh dibeli di kaunter tiket KTMB atau dalam talian melalui laman sesawang www.ktm.com.my, atau applikasi KTMB MobTicket atau ejen jualan tiket yang dilantik KTMB.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200 atau menerusi laman sesawang KTMB atau e-mel ke callcenter@ktmb.com.my. – Bernama
The post Surcaj RM100 penumpang naik tanpa tiket mulai 1 Mac appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan