Trafik perlahan di lebuh raya utama
KUALA LUMPUR, 1 Jamadilawal 1438H, Isnin – Aliran trafik di beberapa laluan lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat jam 6 petang tadi berikutan orang ramai pulang ke ibu kota selepas cuti sambutan Tahun Baru Cina.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, aliran trafik dilapor perlahan iaitu Bukit Beruntung ke Rawang dan Jelapang ke Simpang Pulai berikutan peningkatan jumlah kenderaan.
“Trafik juga sesak di Gopeng menuju Slim River dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar dan trafik dijangka perlahan sehingga malam ini,” katanya ketika dihubungi di sini.
Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik dilaporkan perlahan di Lebuhraya Karak dari Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama
The post Trafik perlahan di lebuh raya utama appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan