Yang di-Pertuan Agong kurnia surat cara pelantikan hakim

KUALA LUMPUR, 1 Jamadilawal 1438H, Isnin – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan kepada Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham.

Pada majlis itu Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 11 Hakim Mahkamah Tinggi yang berlangsung di Istana Negara, di sini.

Sebelas Hakim Mahkamah Tinggi itu ialah Datuk Azimah Omar, M. Gunalan, Lim Chong Fong, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Azmi Ariffin.

Turut dikurniakan surat cara pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi adalah Noorin Badaruddin, Collin Lawrence Sequerah, Azizul Azmi Adnan, Mohamed Zaini Mazlan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Azhari Kamal Ramli.

Turut hadir Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.- Bernama

The post Yang di-Pertuan Agong kurnia surat cara pelantikan hakim appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?