Harga minyak bulan Mac diramal tidak berubah
BANGI, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Harga minyak petrol bulan Mac dijangka tidak berubah, demikian ramalan pakar ekonomi tempatan, Datuk Chua Tia Guan seperti dilaporkan China Press.
Beliau berkata, ia akibat tiada perubahan ketara pada kadar pertukaran mata wang ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak mentah dunia.
Selain itu, Tia Guan yang juga Ketua Khidmat Rundingan Cukai dan Kewangan Great Vision Advisory Group memberitahu, mengikut harga minyak mentah dunia pada bulan ini dan bulan lepas, tiada perbezaan yang besar iaitu berada di paras antara AS$55-AS$57 setong.
“Ditambahkan pula tiada perbezaan yang banyak pada kadar pertukaran mata wang ringgit kepada dolar AS, saya boleh meramalkan harga minyak pada bulan hadapan adalah sama seperti bulan ini,” katanya
Tian Guan menegaskan, ramalannya adalah berdasarkan pada kedudukan semasa harga minyak mentah dunia dan bukan pada Mean of Platts Singapore (MOPs) yang membuat penarafan dan menilai kos minyak secara purata setiap hari.
The post Harga minyak bulan Mac diramal tidak berubah appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan