Korea Selatan gesa heret Kim Jong-un ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

SEOUL, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Menteri Luar Korea Selatan, Yun Byung-se menggesa agar pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un diheret ke mahkamah antarabangsa bagi menghadapi pertuduhan melakukan jenayah kemanusiaan.

Beliau berkata, tindakan itu perlu dilakukan segera sebelum situasi di republik berkenaan mengancam keselamatan global.

Katanya, ratusan pegawai kerajaan Pyongyang sebelum ini menerima nasib sama seperti Jong-nam di Korea Utara, tidak termasuk orang awam yang menjadi mangsa kekejaman rejim pemimpin negara itu.

Byung-se memetik statistik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sambil berkata, kira-kira 120,000 penduduk Korea Utara menerima hukuman penjara, dipercayai bermotifkan politik.

“Kita perlu bertindak secara individu dan berkelompok sebelum pencabulan hak asasi manusia mencetuskan masalah yang lebih besar.

“Kita semua tahu siapa yang bertanggungjawab terhadap jenayah dan penyalahguaan kuasa tersebut,” kata Byung-se ketika berucap pada Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, semalam.

Pada masa sama, Byung-se menekankan kepentingan untuk mengheret pucuk pimpinan Korea Utara dan pihak yang bertanggungjawab mencabul hak asasi manusia di negara itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Kenyataannya dipercayai merujuk kes pembunuhan Jong-nam pada 13 Februari lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), apabila diracun dua wanita yang mengesat bahan kimia berbahaya ke muka mangsa.

Lelaki Korea Utara itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

The post Korea Selatan gesa heret Kim Jong-un ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?