Lelaki disebat 22 sebatan khalwat dengan bukan muhrim
ACEH, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Seorang lelaki dihukum sebat di khalayak ramai semalam selepas didapati bersalah berkhalwat dengan wanita yang bukan muhrimnya.
Herizal Yunus, 27, bagaimanapun dilaporkan rebah selepas dirotan lapan kali di khalayak ramai di sebuah masjid di Banda Aceh.
Kemudian, petugas membawa Herizal turun dari pentas dan seorang doktor memeriksanya dan berkata, lelaki itu sihat.
Dia seterusnya dibawa semula ke pentas untuk menerima baki 14 sebatan lagi.
Mahkamah sebelum ini menjatuhkan hukuman sebat sebanyak 22 kali terhadap Herizal selepas dia ditangkap berdua-duaan dengan seorang wanita yang bukan isterinya.
Herizal antara lapan pesalah yang dihukum sebat di khalayak ramai atas pelbagai kesalahan termasuk berkhalwat dan berjudi.
Aceh mula menguatkuasakan undang-undang Islam selepas mendapat kuasa autonomi pada 2001, sekali gus menamatkan pemberontakan di wilayah itu.
Undang-undang Islam mula diperkasakan sejak Aceh menandatangani perjanjian damai dengan Jakarta pada 2005. -Agensi
The post Lelaki disebat 22 sebatan khalwat dengan bukan muhrim appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan