Malaysia sambut baik keputusan Arab Saudi tingkatkan pemberian biasiswa pelajar

KUALA LUMPUR, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia menyambut baik komitmen kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan jumlah pemberian biasiswa penuh bagi pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di negara itu tahun depan.

Najib berkata, peruntukan tambahan daripada Arab Saudi itu akan melengkapi dan menambah kepada jumlah pembiayaan RM4.3 bilion di bawah Bajet 2017 untuk pelajar Malaysia.

“Perancangan ini sudah tentu akan menggalakkan dan memberi peluang kepada lebih ramai pelajar Malaysia bagi mendapatkan pelajaran di peringkat tertinggi,” kata Perdana Menteri dalam catatan terbaharu Facebook beliau.

Najib berkata, beliau percaya pelajar Malaysia akan mendapat banyak manfaat daripada pemberian biasiswa itu.

Ketua Perwakilan Kebudayaan di Kedutaan Diraja Arab Saudi di sini, Dr Zayed Al-Harirthi semalam berkata keputusan menambah jumlah biasiswa itu berikutan lebih 300 permohonan diterima daripada pelajar Malaysia tahun lepas.

Dr Zayed berkata, buat masa ini, lebih 100 pelajar Malaysia sedang menuntut di negara itu. – Bernama

The post Malaysia sambut baik keputusan Arab Saudi tingkatkan pemberian biasiswa pelajar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?