Militan Abu Sayyaf penggal tebusan warga Jerman

MANILA, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Kumpulan militan Abu Sayyaf menyiarkan satu rakaman video yang memaparkan anggota kumpulan itu memenggal kepala tebusan warga Jerman, Jurgen Gustav Kantner yang diculik November tahun lalu.

Video yang dimuat naik semula oleh laman kumpulan pemantauan, SITE menunjukkan lelaki berusia 70 tahun itu duduk di atas kawasan berumput dengan seorang lelaki mengacukan pisau di lehernya.

“Sekarang mereka akan bunuh saya,” katanya sebelum dilaporkan dipenggal semalam selepas tarikh akhir permintaan wang tebusan.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar Jerman Martin Schaefer berkata, pakar meneliti video itu bagi memastikan ia asli atau tidak.

“Sekiranya video ini asli, ia sangat mengejutkan,” katanya.

Abu Sayyaf dilaporkan menculik Kantner dan membunuh isterinya selepas memintas kapal layar yang dinaiki pasangan berkenaan berhampiran perairan Sabah di Malaysia pada November lalu.

Kumpulan itu meminta wang tebusan berjumlah 30 juta peso (RM2.7 juta) sebagai syarat untuk membebaskan Kantner.

Abu Sayyaf juga masih menahan beberapa tebusan warga asing termasuk dari Indonesia dan Malaysia. – Agensi

The post Militan Abu Sayyaf penggal tebusan warga Jerman appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?