Polis waspada terhadap aktiviti ancam keselamatan negara: Khalid

KUALA LUMPUR, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Polis sentiasa memantau dan mengambil langkah pencegahan awal bagi memastikan Malaysia tidak digunakan sebagai lokasi untuk melaksanakan aktiviti yang boleh menggugat keselamatan negara.

“Kami juga telah mengambil segala tindakan wajar untuk mematuhi peraturan-peraturan antarabangsa berhubung dengan sekatan yang berkaitan,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengulas sebuah laporan berita antarabangsa yang memetik laporan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai berkata sebuah syarikat hadapan, Glocom, yang dikendalikan oleh ejen perisikan Korea Utara di Kuala Lumpur, melanggar sekatan PBB dengan menjual peralatan radio tempur.

Laporan berita itu juga berkata tiada syarikat dengan nama Glocom wujud di Malaysia dan Khalid turut mengesahkannya.

Bagaimanapun, katanya, polis sedar wujud dua syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan Glocom di negara ini iaitu International Global System Sdn Bhd dan International Golden Services.

Laporan media itu menyebut bahawa laman web, glocom.com.my, didaftarkan oleh International Global System pada 2009 sementara International Golden Services disenaraikan sebagai syarikat yang boleh dihubungi dalam laman web tersebut.

Ia berkata, kedua-dua syarikat itu dikawal oleh pengarah dan pemilik saham Korea Utara.

Khalid berkata, kedua-dua syarikat itu kini dalam proses ditutup.

Katanya, International Global System didaftar pada 2005 dan mengendalikan perniagaan multimedia, elektronik dan perdagangan am.

International Golden Services pula didaftar pada 2012 dan menjalankan perniagaan produk berasaskan teknologi maklumat komunikasi serta pembekal perkhidmatan penyelesaian berkaitan ICT. – Bernama

The post Polis waspada terhadap aktiviti ancam keselamatan negara: Khalid appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?