Azmin Ali hilang kerusi Menteri Besar selepas PRU14: Kajian

BANGI, 1 Rejab 1438H, Rabu – Azmin Ali bakal kehilangan jawatan Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Demikian hasil kajian yang dijalankan Zaaba Institute for Leadership (ZIL) terhadap 3,000 pengundi di lima kawasan di negeri itu baru-baru ini.

Lima kawasan tersebut meliputi Gombak, Shah Alam, Selayang, Ampang dan Hulu Langat.

Ketua Pegawai Eksekutif ZIL, Dr Ali Boerhanudin berkata, kaji selidik itu bertujuan mengenalpasti kecenderungan pengundi Melayu terhadap parti yang akan dipilih pada PRU14 serta mengetahui isu yang memberi kesan terhadap pengundian tersebut.

Beliau memberitahu bahawa kaji selidik itu dibuat bermula Oktober sehingga Disember 2016.

“Hasil soal selidik, apabila ditanya jika esok adalah pilihan raya, parti manakah yang anda akan undi, sebanyak 24.4 peratus responden berkata akan mengundi PAS, 9.3 peratus akan mengundi UMNO, 5.4 peratus akan mengundi BERSATU dan hanya 5.6 peratus akan mengundi pakatan harapan. Manakala bakinya “masih atas pagar”.

“5.6 peratus adalah undi kepada pakatan harapan, yakni bercampur antara DAP, PKR dan PAN. Jika diasingkan PKR sahaja, mungkin peratus itu akan semakin berkurangan. Kami asingkan antara pakatan harapan dan BERSATU kerana senario pada waktu itu mereka belum bergabung,” katanya.

Mengulas mengenai respon pengundi Melayu di kawasan kerusi Azmin Ali sekarang, iaitu Parlimen Gombak, Dr Ali berkata, hasil tinjauan menunjukkan 26 peratus akan mengundi untuk PAS, 9 peratus untuk UMNO, 9 peratus untuk pakatan harapan, 4 peratus untuk BERSATU manakala bakinya “di atas pagar”.

Dr Ali berkata, hasil dapatan kajian itu berkemungkinan berkait rapat dengan pengundi Melayu yang mahukan parti yang lebih berperanan dalam memartabatkan Islam.

“Antara 16 isu yang ditanya pada pengundi, yang manakah paling perlu diberikan perhatian oleh parti yang memerintah, isu ‘memartabatkan Islam dan memelihara kesuciannya’ menduduki tangga ke-3 selepas ‘turunkan kos sara hidup’ dan ‘basmi rasuah dengan berkesan’.

“Ini menunjukkan agama masih menjadi soal utama pada pengundi Melayu dan parti-parti yang bertanding harus memberi perhatian yang serius ke arah itu,” jelasnya.

The post Azmin Ali hilang kerusi Menteri Besar selepas PRU14: Kajian appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?