KDN sahkan ada selipar dijual tertera kalimah Allah
PUTRAJAYA, BANGI, 1 Rejab 1438H, Rabu – Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan aduan orang ramai berhubung penjualan selipar yang didakwa tertulis kalimah nama Allah iaitu Ya Hayyu Ya Qayyum adalah benar.
Pengerusinya Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, lembaga itu telah meneliti selipar berkenaan dan mendapati memang tertulis kalimah suci daripada Asma’ al-Husna (Himpunan 99 Nama Allah).
“Sehubungan dengan itu, rampasan telah dibuat dan tindakan lanjut sedang dilakukan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri melalui Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986,” katanya satu kenyataan.
Sehubungan itu, Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran menasihatkan orang ramai yang telah membeli selipar berkenaan supaya menyerahkannya kepada KDN atau Jabatan Agama Islam Negeri untuk tujuan pelupusan.
Bagaimanapun dalam perkembangan sama, Harussaini berkata, dakwaan tulisan pada tapak kasut jenama Bata yang menyerupai kalimah Allah adalah tidak benar,
Katanya, selepas hasil semakan dan penelitian dibuat oleh Ahli Lajnah Tasheh al-Quran, jelas mendapati tulisan pada tapak kasut Bata bukan kalimah Allah sebagaimana yang tular di laman sosial.
The post KDN sahkan ada selipar dijual tertera kalimah Allah appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan