Kementerian Pertahanan tubuh jawatankuasa tertinggi antara Malaysia, China
KUALA LUMPUR, 1 Rejab 1438H, Rabu – Kementerian Pertahanan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa tertinggi di antara Malaysia dan China.
Perkara itu dimaklumkan Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan berkata, langkah itu dibuat bagi memperkukuhkan aspek pertahanan di antara kedua-dua buah negara.
Katanya, draf berkenaan jawatankuasa tersebut sudah dibentuk dan menanti masa yang sesuai untuk dilaksanakan.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menerima lawatan Naib Pengerusi Pusat Suruhanjaya Ketenteraan Republik China, Jeneral Xu Qiliang di sini, hari ini.
The post Kementerian Pertahanan tubuh jawatankuasa tertinggi antara Malaysia, China appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan