Kerajaan nafi jadikan kanak-kanak sebagai buruh di ladang sawit

PUTRAJAYA, 1 Rejab 1438H, Rabu – Malaysia menafikan laporan Jabatan Buruh Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan kanak-kanak di negara ini dijadikan buruh paksa dalam sektor perladangan sawit.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, senarai yang dikeluarkan Jabatan Buruh AS hanya memburukkan imej industri sawit negara.

“Mereka mendakwa kaji selidik yang dilakukan di beberapa ladang sawit negara ini mendapati ada kanak-kanak terbabit dalam kerja ladang, sedangkan sudah menjadi lumrah, budaya dan amalan tradisional pekebun kecil sawit di Malaysia membawa anak mereka ke kebun kerana tiada penjaga di rumah.

“Mungkin ketika kaji selidik dijalankan, ada kanak-kanak sedang mengutip buat sawit yang bertaburan di sekitar kawasan ladang sedangkan mereka bukan bekerja, hanya dibawa ibu bapa kerana tiada penjaga di rumah.

“Ini adalah satu persepsi salah dan perlu diperbetulkan bagi mengelakkan industri sawit negara terjejas.

“Penyenaraian ini memberi imej yang negatif dan kemungkinan akan menjejaskan daya saing industri sawit negara.” katanya. 

Baru-baru ini beberapa laporan menyebut industri sawit Malaysia disenarai menggunakan buruh paksa kanak-kanak sejak 2014 dan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi disaran mengeluarkan undang-undang melarang kanak-kanak memasuki kebun sawit.

Mengulas lanjut beliau berkata, bagi mengeluarkan Malaysia dari penyenaraian itu, kerajaan memperuntukkan RM5 juta bagi tujuan kajian menyeluruh mengenai buruh yang akan dibuat Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bersama Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO).

“Kita harap menerusi kajian itu, satu laporan dapat dikeluarkan bagi menjelaskan perkara sebenar berhubung perkara itu kerana Malaysia memang tidak pernah menggunakan buruh kanak-kanak dalam industri sawitnya.

“Saya juga akan berjumpa dengan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique untuk membincangkan langkah yang perlu dibuat bagi memperbetulkan persepsi salah ini.

“Kita juga tiada cadangan untuk membuat sebarang undang-undang tidak membenarkan kanak-kanak masuk ke kebun sawit milik pekebun kecil, kita tidak bercadang untuk melaksanakan langkah drastik seperti itu,” katanya.

 

The post Kerajaan nafi jadikan kanak-kanak sebagai buruh di ladang sawit appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?