Mara peruntuk RM2 bilion taja 68,000 pelajar tahun ini

KUALA LUMPUR, 29 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperuntukkan RM2 bilion untuk membiayai 68,000 pelajar tajaannya termasuk 20,000 pelajar baharu, tahun ini.

Jumlah peruntukan itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Sei Hasan Malek (BN-Kuala Pilah) di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad Jazlan berkata, Mara memberikan penajaan itu kepada pelajara mengikut kategori kelayakan pendapatan ibu bapa masing-masing.

Katanya, Mara telah menaikkan had kelayakan pinjaman berdasarkan status sosioekonomi keluarga pemohon memandangkan keadaan semasa dengan kos sara hidup meningkat.

Beliau berkata, keluarga berpendapatan RM8,000 sebulan dan ke bawah layak dipertimbangkan menerima penajaan penuh meliputi yuran pengajian dan elaun sara hidup (ESH).

Manakala bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan melebihi RM8,001 hingga RM15,000 sebulan layak dipertimbangkan mendapat sebahagian penajaan sahaja, sama ada yuran pengajian atau ESH.

“Untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan RM15,001 ke atas pula hanya layak dipertimbangkan penajaan melalui lain-lain sumber seperti program kerjasama Mara dan bank-bank tempatan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan lain-lain,” katanya.

The post Mara peruntuk RM2 bilion taja 68,000 pelajar tahun ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?