NewGen Party tukar jadi Parti Bebas Rasuah

BANGI, 3 Rejab 1438H, Jumaat – Parti Generasi Baru (NewGen Party) telah menukarkan namanya kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) sekaligus mengumumkan pelantikan ahli jawatankuasa pusat.

Pengasas PBR, Gobi Krishnan berkata, perubahan nama itu telah dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada Jumaat.

“Kami mengambil kesempatan ini untuk mengesahkan bahawa kami telah membuat keputusan menukar nama parti kepada ‘Parti Bebas Rasuah’ (PBR),” katanya seperti dilapor portal The Star, hari ini.

PBR juga mengumumkan beberapa pelantikan baharu termasuk bekas senator dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor sebagai presiden.

Sementara, Timbalan Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai Timbalan Presiden PBR.

Parti NewGen telah didaftarkan pada September 2013, dan merupakan parti berbilang kaum.

Sebelum ini, Khairuddin dan Ezam dilaporkan merancang menubuhkan sebuah parti politik baharu dengan matlamat memerangi gejala rasuah.

Malah, kedua-dua pemimpin berkenaan juga berhasrat mahu parti baharu yang diterajui itu menyertai pakatan harapan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

The post NewGen Party tukar jadi Parti Bebas Rasuah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?