PAS akan ambil balik tujuh kerusi dipinjam PKR di Kelantan

KOTA BHARU, 1 Rejab 1438H, Rabu – Setiausaha PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi membayangkan akan mengambil balik semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ‘di¬pinjamkan’ kepada PKR di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata, langkah tersebut dijangka dilakukan selepas mengambil kira keadaan politik semasa melibatkan hubungan kedua-dua parti itu yang retak dan dilihat menanti masa untuk pecah.

PKR yang sering berada sepentas dengan pemimpin pakatan harapan yang diketuai DAP untuk menyerang Kerajaan PAS Kelantan menjadi punca hubungan semakin getir.

“Di peringkat negeri sebelum ini kita sudah sebut kepada rakan kita, PKR supaya menjaga hati pengundi PAS terutama di kampung-kampung.

“Dalam masa sama, kita juga sudah pesan supaya PKR lebih sensitif menjaga hubungan de¬ngan PAS apabila mereka sering kali dilihat bersama-sama Pakatan Harapan di pentas-pentas ce¬ramah untuk menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan,” katanya yang dipetik daripada Utusan Online.

Kerusi Parlimen yang ‘dipinjamkan’ kepada PKR di negeri ini pada PRU-13 adalah Ketereh, Tanah Merah dan Machang manakala DUN melibatkan kawasan Guchil, Kuala Balah, Pengkalan Kubor dan Nenggiri.
Bagaimanapun hanya satu kerusi yang dimenangi oleh PKR iaitu DUN Guchil.

Pun begitu, Che Abdullah berkata, keputusan muktamad mengenainya bergantung kepada Muktamar Tahunan PAS di Kedah akhir bulan depan sekiranya memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Sementara itu, beliau berkata, rakyat Kelantan tidak akan memberi ruang kepada Pakatan Harapan yang diketuai DAP melalui proksinya PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bertapak di negeri ini pada PRU-14.

Che Abdullah juga berkata, PAN yang diterajui Presidennya, Mohamad Sabu juga tidak mempunyai kekuatan di negeri ini, malah parti itu jelas ditolak oleh rakyat.

The post PAS akan ambil balik tujuh kerusi dipinjam PKR di Kelantan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?